Music

Header Ads

Thursday, July 26, 2018

280 Golongan Asnaf Kampung Bako Tengah Terima Sumbangan Daripada ADUN Demak Laut


KUCHING - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N05 Demak Laut Yang Berhormat Dr Hj. Hazland bin Abang Hj. Hipni telah menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Demak Laut 1439H/2018M dan Penyampaian Sumbangan Warga Emas, Ibu Tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU) dan Anak-Anak Yatim di Dewan Serbaguna Kampung Bako Tengah di sini.


Pada majlis itu, Dr Hazland telah menyampaikan sumbangan kepada 188 orang golongan asnaf yang terdiri daripada warga emas, ibu tunggal, OKU dan anak-anak yatim yang tinggal di kawasan Kampung Bako Tengah dan sekitarnya.


Turut sama hadir Penghulu Kampung Bako Hjh Janibah Hazmi, Ketua Kaum Hj Wahed Sani serta AJK JKKK, Ketua Ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kampung Bako Tengah Azhar Hamdan serta AJK PBB dan Unit Saberkas. 

No comments:

Post a Comment

Back To Top