Music

Header Ads

Saturday, March 28, 2020

80 Golongan Asnaf Di Kampung Beradek Dan Semilang Terima Bantuan Makanan Daripada ADUN Demak Laut


KUCHING: Penghantaran bantuan keperluan makanan dan minuman kepada golongan asnaf di Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut diteruskan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kampung Beradek dan Semilang. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata sebanyak 80 golongan asnaf dari kedua-dua kampung ini dan tersenarai dalam E-Kasih menerima bantuan ini.

“Selepas Kampung Muara Tebas, seramai 80 golongan asnaf dari Kampung Beradek dan Semilang menerima bantuan berupa makanan dan minuman.

“Walaupun kedua-dua kampung ini terletak di seberang sungai dan hanya dapat dihubungkan dengan perahu dan motosikal, mereka ini tidak pernah dilupakan.

“Seperti yang pernah dimaklumkan sebelum ini, bantuan ini diadakan secara menyeluruh meliputi seluruh kampung yang ada di kawasan DUN Demak Laut. Bagaimanapun, hanya golongan asnaf yang mendaftar di dalam E-Kasih didahulukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pada Jumaat. 


Dr Hazland turut mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan beberapa persatuan bukan kerajaan (NGO) di Kampung Beradek dan Semilang dalam membantu melancarkan penyerahan bantuan ini. 

“Terima kasih kepada ahli-ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ranting Beradek dan Semilang, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan RELA yang sama-sama membantu melancarkan penyerahan bantuan ini,” ujarnya. 

No comments:

Post a Comment

Back To Top