Music

Header Ads

Saturday, August 4, 2018

Abang Johari Nafi 6 Ahli Parlimen PBB Sertai Parti Pribumi Sarawak


KUCHING - Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menafikan khabar angin bahawa terdapat enam Ahli Parlimen PBB bersetuju menyertai Parti Pribumi Sarawak (Pribumi).

Abang Johari yang merupakan Presiden PBB berkata, beliau tidak pernah sama sekali mendengar tentang perkara tersebut.

"Mana saya tahu, mana dia tahu, saya pun tidak tahu. Mana ada," katanya ringkas ketika ditanya pemberita selepas menyempurnakan majlis penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang Yayasan Sarawak 2018 di Universiti Teknologi Swinburne di sini, hari ini.

Abang Johari berkata demikian mengulas mengenai hantaran Facebook parti yang menggunakan logo kapal layar tersebut. Hantaran Facebook berkenaan berbunyi: 

"Enam MP PBB/GPS setuju menyertai Parti Pribumi Sarawak (Pribumi)."

Akaun Facebook yang sama turut memuat naik satu lagi status "Parti Pribumi Sarawak (PRIBUMI) akan bergabung bersama 6 parti lain untuk melumpuhkan PBB/GPS". -Utusan Borneo Online

No comments:

Post a Comment

Back To Top