Music

Header Ads

Friday, August 3, 2018

Kesemua Projek RTP Kawasan Demak Laut Tahun 2018 Berjalan Lancar


KUCHING - Kesemua 19 projek yang bernilai RM5 juta di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut akan dilaksanakan mengikut jadual dan dijangka siap penghujung tahun ini.
Perkara ini didedahkan jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Kuching Ir. Awang Mohammad Fadilah Awang Ridzuan dalam satu taklimat Projek RTP DUN N.5 Demak Laut yang disampaikan kepada ketua-ketua masyarakat kawasan Demak Laut di Bilik Mesyuarat JKR Bahagian Kuching di sini, semalam.
"Daripada 19 projek RTP itu, 9 projek daripadanya dilaksanakan JKR yang dianggarkan bernilai RM2.6 juta manakala selebihnya akan dilaksanakan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (DID). 
"Projek-projek ini antara lain pembinaan dewan masyarakat, jalan raya kampung, gelanggang futsal dan sebagainya.
"Sehingga kini, tiada sebarang isu yang melibatkan proses pelaksanaan dan semuanya berjalan lancar," katanya.
Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.5 Demak Laut Dr Hazland bin Abang Hipni. 

No comments:

Post a Comment

Back To Top