Music

Header Ads

Thursday, October 15, 2020

20 Wanita Taman Sepakat Jaya Teruja Sertai Kursus Membuat ‘Fresh Cream Cake’


DEMAK LAUT, Kuching: Seramai 20 orang wanita dari Taman Sepakat Jaya telah mengikuti Kursus Pensijilan Wanita Taman Sepakat Jaya yang diadakan di Kolej Komuniti Santubong baru-baru ini.


Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni, kursus ini merupakan inisiatif Pusat Khidmat N5 Demak Laut dalam memperkasakan masyarakatnya dengan kemahiran dan perniagaan untuk masa depan mereka. 


“Kursus Pensijilan Wanita yang disertai wanita dari Taman Sepakat Jaya ini adalah sebahagian daripada penglibatan beberapa buah kampung dalam kawasan DUN Demak Laut. 


“Tujuan utama penganjuran kursus kemahiran ini adalah untuk membawa kemahiran baru kepada penduduk di DUN Demak Laut seperti membuat ‘Fresh Cream Cake’ yang disertai wanita Taman Sepakat Jaya.



“Selain ‘Fresh Cream Cake’, turut diadakan pelbagai kursus lain mengikut permintaan dan kursus yang diadakan di Kolej Komuniti Santubong. Setiap peserta yang mengikuti kursus ini akan menerima sijil masing-masing,” katanya. 


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penganjuran Kursus Pensijilan Wanita Taman Sepakat Jaya yang diadakan di Kolej Komuniti Santubong baru-baru ini. 



Menariknya dalam Kursus Fresh Cream Cake ini, setiap peserta yang menyertainya diminta menghasilkan setiap kek ini dan dinilai bagi memastikan setiap daripada mereka berjaya menghasilkan Fresh Cream Cake. 


Mengulas lanjut, Dr Hazland memberitahu kursus ini bukan hanya melibatkan wanita sahaja tetapi juga pemuda dan belia di setiap kampung di DUN Demak Laut.



“Kursus sebegini kita buka juga kepada pemuda dan belia bersesuaian dengan keperluan mereka dan pasaran semasa. 


“Seperti baru-baru ini, belia dari Kampung Tabuan telah menjalani Kursus Pemasangan Penghawa Dingin yang ketika ini sangat banyak permintaannya,” ujarnya. -Buletin Demak Laut

No comments:

Post a Comment

Back To Top