Music

Header Ads

Sunday, October 18, 2020

21 NGO's Terima Sumbangan Berjumlah RM105,000 Daripada ADUN Demak Laut


DEMAK LAUT, Kuching: Seramai 21 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO's) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut menerima sumbangan berjumlah RM105,000.


Sumbangan tersebut telah disampaikan dalam beberapa majlis berasingan baru-baru ini. 


Ketika diminta mengulas, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata, sumbangan ini merupakan bantuan tahunan untuk setiap NGO's di kawasan DUN Demak Laut bagi mengadakan aktiviti kebajikan, sosial dan sukan.


"Dalam keadaan penularan wabak COVID-19, setiap daripada kita perlu berhati-hati dan mengamalkan norma baru yang semestinya wajar dipraktikkan bersama.


"Mengenai sumbangan ini, ia merupakan sumbangan tahunan saya kepada setiap NGO's di kawasan DUN Demak Laut bagi membolehkan mereka melaksanakan aktiviti dan program yang telah dirancang.


"Ianya sekaligus sebagai tanda sokongan kepada setiap NGO's agar terus aktif dalam bidang masing-masing yang sekaligus membawa hasil positif kepada masyarakat keseluruhannya," katanya. 



NGO's yang menerima sumbangan ini ialah Gabungan Persatuan Superbike Malaysia (Sarawak), Kelab Kebajikan dan Sosial e-Fourian Sarawak, Kelab Kerohanian KEMAS Kampung Tabuan Cemerlang, Kelab Pemanah Berkuda Merpati Jepang, Kelab Rekreasi Pejabat Pilihan Raya Negeri Sarawak dan Kelab Sukan Rekreasi Permotoran GS Kuching. 


Turut menerima sumbangan Kelab Zdance Kuching, Kesatuan Pembantu Makmal (Pelajaran Negeri Sarawak), Panel Penasihat Klinik Kesihatan Bako, Persatuan Alumni JOSIPA’82, Persatuan Bomba Sukarela Kampung Bako Indah, Persatuan Pengusaha Perkhidmatan Bot Pelancong dan Pemandu Pelancong, PPDK Kem Penrissen, Tetuan Komiti Guru Islam SMK St Joseph dan Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak. 


Juga, Jawatankuasa Kebajikan, Sukan dan Sosial Cawangan Khas, Kelab Muay Thai SS Fighters Petra Jaya, MAKSAK Bahagian Kuching, Perstuan Kebajikan Melayu Bahagian, Tabung Rayuan Hari Pahlawan dan Tetuan Kelab Rekreasi OB Kuching. 



Mengenai pelaksanaan aktiviti dan program semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Dr Hazland menjelaskan setiap NGO's masih boleh melaksanakannya, tetapi perlu mengikuti Perintah Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi mengelak penularan wabak pandemik COVID-19.


"Kita di Sarawak sangat bertuah kerana Kerajaan Sarawak menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak sangat mengambil berat kesihatan setiap rakyatnya yang kini memasuki gelombangan ketiga penularan COVID-19 seperti yang berlaku di Semenanjung dan Sabah. 


"Biarpun begitu, Kerajaan Sarawak telah menetapkan beberapa keputusan dalam melindungi rakyatnya daripada dijangkiti wabak COVID-19. 


"Di samping itu, masyarakat dan NGO's di Sarawak masih boleh mengadakan aktiviti dan program dengan syarat mengekalkan amalan SOP dan menghindari daripada perlakuan yang boleh mengundang jangkitan COVID-19,” jelasnya. 



Dalam hal ini, kesihatan awam menjadi faktor utama dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19 daripada terus menjangkiti masyarakat sekeliling. -Buletin Demak Laut

No comments:

Post a Comment

Back To Top