Music

Header Ads

Wednesday, October 21, 2020

Mahu Lebih Ramai Usahawan Belia Di DUN Demak Laut - Dr Hazland



DEMAK LAUT, Kuching: “Saya mahu ramai belia di kawasan Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut terlibat dalam perniagaan dan melahirkan lebih ramai usahawan. 


Demikian menurut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni ketika diminta mengulas mengenai penganjuran Kursus Asas Pemasangan Penghawa Dingin di Kolej Komuniti Santubong baru-baru ini. 


Katanya, menceburi bidang perniagaan ini membolehkan masyarakat meningkatkan pendapatan dan sosioekonomi keluarga. 


“Bidang teknikal seperti pemasangan mahupun perkhidmatan penghawa dingin kini mendapat permintaan yang banyak. 



“Bayangkan pertambahan perumahan di bandaraya Kuching ini telah menyebabkan banyak rumah akan mempunyai penghawa dingin. Ini pastinya mendapat permintaan yang tinggi dalam pemasangan dan sekaligus menawarkan perkhidmatan penghawa dingin. 


“Di samping itu, tidak ramai khususnya belia Bumiputera terlibat dalam perkhidmatan penghawa dingin dan penganjuran kursus seperti ini sangat baik serta bermanfaat kepada belia-belia yang mengikutinya,” katanya ketika diminta mengulas mengenai penganjuran Kursus Asas Pemasangan Penghawa Dingin di Kolej Komuniti Santubong baru-baru ini. 



Seramai 16 belia-belia dari Taman Sepakat Jaya telah mengambil bahagian dalam kursus kali ini. 


Mengulas lanjut, Dr Hazland menjelaskan kursus ini diadakan secara mingguan dan mengikut giliran kampung. 


“Setiap minggu, kita di DUN Demak Laut mengadakan kursus pensijilan kemahiran di Kolej Komuniti dengan bidang yang berbeza. 


“Ianya terbuka kepada penduduk di DUN Demak Laut dengan syarat mempunyai minat dan berusaha untuk memajukan diri. 



“Peluang ini wajar diambil perhatian sewajarnya kerana ianya bukan sahaja percuma, tetapi memberi nilai tambah kepada belia yang mengikutinya,” ujarnya. 


Kursus ini merupakan anjuran Pusat Khidmat N5 Demak Laut dengan kerjasama Kolej Komuniti Santubong. -Buletin Demak Laut

No comments:

Post a Comment

Back To Top