Music

Header Ads

Friday, August 28, 2020

Dasar Kesihatan Untuk Semua Pastikan Rakyat Terima Penjagaan Kesihatan Baik


DEMAK LAUT, Kuching: Kerajaan sentiasa berusaha memastikan rakyatnya menerima penjagaan kesihatan baik menerusi Dasar Kesihatan Untuk Semua. 


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata, ini dapat dilakukan dengan meningkatkan keperluan kesihatan rakyat. 


“Misalnya, Klinik Kesihatan Bako adalah bukti kesungguhan kerajaan menyediakan rawatan kepada pesakit luar untuk penduduk. 


“Ianya turut dilengkapi dengan peralatan yang mencukupi dan dua orang doktor, dua orang Pembantu Perubatan, empat orang Jururawat dan empat orang Pembantu Jururawat serta Pembantu Farmasi. 


“Klinik ini mampu merawat 50 hingga 70 pesakit sehari,” katanya selepas menyampaikan sumbangan dana tahunan kepada Panel Penasihat Klinik Kesihatan Bako baru-baru ini. 



Mengenai sumbangan dana ini, Dr Hazland menambah adalah diharapkan ianya dapat digunakan untuk kesejahteraan rakyat. 


“Kita akan terus memberikan sokongan kepada Klinik Kesihatan Bako ini dan diharap ia dapat meningkatkan mutu perkhidmatan kepada masyarakat,” tambahnya. -Buletin Demak Laut

No comments:

Post a Comment

Back To Top