Music

Header Ads

Tuesday, August 25, 2020

Hasil Dialog Bersama Kepimpinan Tertinggi Kampung Disampaikan Kepada Jabatan Dan Agensi Kerajaan Untuk Tindakan Seterusnya


KUCHING: Hasil perbincangan menerusi beberapa siri dialog dengan pemimpin tertinggi di setiap kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut telah dikemukakan kepada jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata, kini terpulang kepada jabatan dan agensi kerajaan untuk menyelesaikannya mengikut prosedur dan masa yang ditetapkan. 


“Kita telah menerima banyak cadangan dan permohonan berkenaan beberapa masalah yang berlaku di peringkat kampung dalam kawasan DUN Demak Laut selepas mengadakan beberapa siri dialog dengan pemimpin tertinggi peringkat kampung.



“Kesemua cadangan dan permohonan yang diterima itu hasil dapatan dialog itu telah kita kumpul, rekod dan sampaikan kepada jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat.


“Kini terpulanglah kepada jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat dalam mengambil tindakan mencari jalan penyelesaian mengikut prosedur yang ditetapkan,” katanya menerusi hantaran di laman facebooknya pada Sabtu. 



Dr Hazland menambah, kita telah senaraikan beberapa isu dan masalah yang berlaku di kampung dan dihantar kepada jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat.


“Antara yang terlibat ialah kementerian dan jabatan kerajaan, pejabat daerah, badan berkanun dan sebagainya yang melibatkan isu-isu tanah, perumahan, Infrastruktur, kebajikan dan sosioekonomi.


“Adalah diharapkan beberapa isu yang diutarakan ini akan mendapat perhatian dan tindakan daripada jabatan dan agensi kerajaan sekaligus menyelesaikan permasalahan yang dihadapi masyarakat kampung,” ujarnya. -Buletin Demak Laut

No comments:

Post a Comment

Back To Top