KUCHING: Projek Pembinaan Pagar Konkrit di sekeliling Dewan Tabuan Lot kini hampir siap.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata projek ini merupakan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) ADUN Demak Laut bernilai RM150,000 dan akan siap tidak lama lagi.
“Alhamdulillah Projek RTP DUN N5 Demak Laut, Pagar Konkrit di sekeliling Dewan Tabuan Lot yang bernilai RM150 ribu telah hampir siap .
“Dengan adanya pagar konkrit ini maka akan dapat meningkatkan ciri keselamatan dewan selain menambah lagi kecantikannya,” katanya dalam hantaran di Facebook Dun Demak Laut pada Selasa.
Dalam pada itu, Dr Hazland juga mahu rakyat memelihara dan menjaga kemudahan yang disediakan kerajaan supaya ianya dapat digunakan oleh generasi lain.
“Penduduk kampung yang menerima kemudahan insfrastruktur dari kerajaan diminta untuk menjaga dan memeliharanya supaya ianya dapat dinikmati generasi akan datang.
“Selain untuk generasi akan datang, kemudahan yang disediakan kerajaan ini juga adalah penyelesaian kepada permasalahan yang dihadapi penduduk sebelum ini,” ujarnya.
Kerajaan Sarawak sebelum ini telah membenarkan sektor ekonomi termasuk pembinaan beroperasi semula pada 12 Mei lepas dengan mengikut langkah Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti disyaratkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). -Buletin Demak Laut
No comments:
Post a Comment