Music

Header Ads

Tuesday, May 19, 2020

Semua Masjid Dan Surau Di Kawasan DUN Demak Laut Terima Dana Tahunan Dan Sumbangan Ramadan - Dr Hazland


KUCHING: Sebanyak RM305,000 telah diagihkan kepada semua masjid dan surau di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata sumbangan ini merupakan dana tahunan dan Ramadan yang akan digunakan oleh pengurusan masjid dan surau di kawasan DUN Demak Laut dalam mengadakan aktiviti dan program kemasyarakatan. 

“Setiap masjid menerima peruntukkan dana tahunan sebanyak RM10,000 manakala sumbangan Ramadan sebanyak RM3,000. 

“Manakala, surau pula menerima peruntukkan dana tahunan sebanyak RM6,000 dan RM2,000 sebagai sumbangan Ramadan. 

“Di kawasan Demak Laut terdapat 13 buah masjid dan 17 buah surau,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam kenyataan media pada Isnin. 


Tambah Dr Hazland lagi, peruntukkan dana dan sumbangan Ramadan ini adalah untuk membantu pengurusan masjid dan surau menjayakan program dan aktiviti yang bermanfaat kepada penduduk kampung di sepanjang Ramadan ini.

“Walaupun masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), ada program dan aktiviti yang boleh dilaksanakan kepada penduduk kampung dengan terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPB khususnya dalam pemakaian penutup hidung dan mulut, mengamalkan penjarakan sosial dan kerap cuci tangan dan guna hand sanitizer,” ujarnya. 


Justeru, pihak masjid dan surau perlu memikirkan aktiviti yang boleh dilaksana dan diadakan untuk penduduk kampung dengan syarat mematuhi dan mengikuti SOP PKPB yang telah digariskan. -Buletin Demak Laut

No comments:

Post a Comment

Back To Top