Music

Header Ads

Saturday, February 8, 2020

Dr Hazland Utamakan Pendidikan Dalam Melahirkan Modal Insan Berjaya


KUCHING: Pendidikan adalah satu bidang yang menjadi tumpuan utama dalam pembentukan modal insan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata menyedari kepentingan itu, pihaknya telah menyalurkan sumbangan yang besar kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di setiap sekolah di kawasan DUN Demak Laut. 

“Sumbangan dana kepada PIBG ini adalah bertujuan untuk mengadakan pelbagai program dan aktiviti untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar. 

“Program dan aktiviti yang diadakan itu adalah tertakluk kepada persetujuan PIBG dan pihak sekolah demi meningkatkan kecemerlangan para pelajar,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Sumbangan Pendidikan Kepada Pelajar-Pelajar IPT anjuran Pusat Khidmat N5 Demak Laut di Dewan Kampung Senari pada Sabtu. 

Insentif Pendidikan merupakan salah satu daripada 9 bantuan khas yang dilaksanakan ADUN Demak Laut. 

Antara bantuan lain yang diadakan ialah warga emas, ibu tunggal, anak-anak yatim, orang kurang upaya (OKU), keluarga daif, pesakit kronik dan bantuan kepada ahli keluarga yang meninggal dunia. 


Dalam pada itu, Dr Hazland menambah, selain bantuan khas di bawah ADUN Demak Laut, penduduk juga menerima bantuan-bantuan lain daripada Kerajaan Sarawak.

“Bantuan-bantuan seperti Projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP), Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS), Endowment Fund Sarawak (EFS), Post-Natal Care, bantuan Khas Golongan Nelayan dan sebagainya merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak kepada rakyat di negeri ini.

“Bantuan-bantuan ini disalurkan menerusi kementerian, jabatan dan ADUN serta Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS),” tambahnya. 

Pemberian pelbagai macam bantuan ini menunjukkan bahawa Kerajaan Sarawak dan ADUN GPS sentiasa peka dan prihatin terhadap keperluan rakyat demi kesejahteraan bersama. 

No comments:

Post a Comment

Back To Top