Music

Header Ads

Tuesday, February 4, 2020

Kerajaan Sarawak Bersikap Adil Hulur Bantuan Kepada Semua Kaum


KUCHING: Setiap bantuan yang diberikan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) adalah untuk semua kaum.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata bagaimanapun, ini tertakluk kepada syarat lain mengikut kriteria bantuan yang disediakan. 

“Misalnya, bantuan seperti Program Penambaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (PPRMS) ADUN N5 Demak Laut adalah terbuka kepada semua kaum di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut. 

“Selain tinggal di kawasan DUN Demak Laut, pemohon perlu memenuhi syarat lain seperti yang ditetapkan supaya bantuan ini tetap kepada masyarakat yang memerlukan. 

“Ini membuktikan bahawa kepada Kerajaan GPS yang ditadbir anak tempatan Sarawak sangat prihatin dan berusaha untuk memastikan permasalahan rakyat dapat diselesaikan,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas meninjau projek PPRMS Fasa 2 Tahun 2018 rumah Siti binti Abdullah dari Kampung Tabuan Drahman 2 pada Isnin. 


Kata Dr Hazland lagi, di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut pelbagai khidmat murni dan bantuan telah disediakan untuk masyarakat yang memerlukan bagi memastikan kehidupan masyarakat terbela dan terpelihara. 

“Antara khidmat murni yang sentiasa dihulurkan kepada masyarakat di kawasan DUN Demak Laut ialah sedekah arwah, bantuan kepada pesakit kronik, warga emas, orang kurang upaya (OKU), Ibu tunggal, anak yatim, keluarga daif, pelajar yang melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan sebagainya. 

“Bantuan ini terbuka kepada mayarakat yang tinggal di kawasan Demak Laut dan ianya berterusan bagi memastikan ia sampai kepada mereka yang memerlukan,” tambahnya. 

Justeru, mereka yang ingin memohon bantuan yang disediakan dan bertanya berkenaan jenis bantuan ini boleh terus menghubungi nombor ini menerusi pesanan whatapps 017-8585007. 

Setiap pertanyaan dan permohonan akan dilayan terus bagi memastikan tiada masyarakat di kawasan DUN Demak Laut yang tercicir dalam mendapatkan  khidmat murni dan bantuan yang disediakan.

No comments:

Post a Comment

Back To Top