Music

Header Ads

Tuesday, February 11, 2020

PBB Di Peringkat Ranting Diminta Kemaskini Maklumat Dan Rancang Program Bersesuaian


KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg sebelum ini memberitahu ‘bedok’ Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kini baru sahaja di waktu ‘Maghrib’. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata pengumuman Ketua Menteri itu menandakan perlunya setiap ahli PBB di peringkat cawangan dan ranting perlu bersedia. 

“Persediaan ini merangkumi mengemaskini data dan statistik tugasan mengenai pengundi berdaftar, keahlian parti, status pengundi dan sebagainya. 

“Dalam tempoh kurang daripada 17 bulan sebelum tamat penggal ini, setiap ahli PBB di peringkat ranting sudah mempunyai data asas  dan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa mempengerusikan Mesyuarat Ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ranting Tabuan Drahman 2 pada Jumaat. 


Tambah Dr Hazland lagi, untuk memastikan data dan statistik itu dikemaskini, setiap ranting perlu mempunyai maklumat menerusi susun atur strateginya. 

“Untuk itu, penganjuran pelbagai program seperti kebajikan, sosial, pembangunan, sosioekonomi dan politik perlu diadakan di peringkat ranting dengan pengisian yang bermanfaat kepada masyarakat. 

“Ini penting bagi membolehkan kita mendapat maklumat sebanyak mungkin yang boleh digunakan untuk persiapan menghadapi PRN Sarawak akan datang,” tambahnya. 

Ketika ini, PBB Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut di peringkat ranting sedang mengadakan mesyuarat penyelarasan bagi memperkemaskan gerak kerja dan maklumat terkini dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

No comments:

Post a Comment

Back To Top