Music

Header Ads

Saturday, February 15, 2020

Ramai Rakyat Telah Mendapat Manfaat Daripada Bantuan Kerajaan Sarawak


KUCHING: Sehingga kini ramai rakyat Sarawak terutamanya masyarakat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut telah mendapat bantuan daripada Kerajaan Sarawak.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata bantuan Kerajaan Sarawak ini telah berjaya menyelesaikan permasalahan selain meringankan beban kehidupan mereka selama ini. 

“Keputusan Kerajaan Sarawak meneruskan beberapa bantuan selain memperkenalkan beberapa lagi bantuan lain telah membolehkan lebih ramai rakyat di negeri ini mendapat manfaatnya. 

“Bantuan ini selayaknya mereka perolehi berdasarkan kepada syarat dan keadaan semasa mereka yang memerlukan,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan tinjauan Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) milik Isah binti Don di Kampung Tanjong Bako pada Khamis.


PPRMS ini telah pun siap pada bulan Oktober 2019 lepas yang dilaksanakan di kawasan DUN Demak Laut.

Jelas Dr Hazland lagi, setiap tahun dalam setiap pembentangan bajet negeri akan diperkenalkan bantuan-bantuan baru untuk kebajikan rakyat dengan salah satunya Kenyalang Gold Card (KGC). 

“Pengenalan KGC yang mula diperkenalkan pada tahun ini oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg dalam Bajet 2020 telah mendapat sambutan hangat di negeri ini.

“KGC dikhususkan kepada warga emas untuk mendapat pelbagai ganjaran dan potongan harga bagi setiap kemudahan mereka,” jelasnya. 

Setakat 13 Februari, difahamkan sebanyak 87,953 permohonan KGC telah diterima di seluruh negeri. 

KGC dijangka akan diserahkan kepada setiap pemohon pada 7 Mac depan serentak dengan pelancarannya yang akan disempurnakan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Jo.

No comments:

Post a Comment

Back To Top