Music

Header Ads

Thursday, February 20, 2020

Pencapaian Adik Nur Hasfalinda Dari Kampung Goebilt Amat Membanggakan


KUCHING: Siapa sangka, walaupun kurang dari segi penglihatan, anak Kampung Goebilt Nur Hasfalinda Hamdan telah berjaya mencipta nama di peringkat kebangsaan apabila menjuarai Pembaca Braille Peringkat Kebangsaan sebanyak dua kali bagi tahun 2018 dan 2019. 

Beliau yang merupakan penuntut di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dalam bidang Linguistik, selain berjaya mencipta nama, beliau juga aktif dalam Persatuan Orang Buta Sarawak Cawangan Kuching.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Haji Hazland Abang Haji Hipni berkata kejayaan ini amat membanggakan dan menjadi contoh kepada belia-belia di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut. 

“Syabas dan tahniah kepada adik Nur Hasfalinda yang telah berjaya mencipta kejayaan di peringkat kebangsaan sekaligus mengharumkan nama Sarawak  Ibu Pertiwiku dan Kampung Goebilt serta keluarga.

“Walaupun mempunyai kekurangan dari segi penglihatan, ia sedikit pun tidak menghalangnya untuk mencipta kejayaan. 

“Untuk itu, adik Nur Hasfalinda mungkin boleh dijadikan ikon kepada DUN N5 Demak Laut dalam usaha mencari dan mencipta lebih ramai belia yang cemerlang sepertinya,” katanya ketika dihubungi bagi memberikan komen mengenai kejayaan Pembaca Braille Peringkat Kebangsaan sebanyak dua kali 2018 dan 2019. 

Tambah Dr Haji Hazland lagi, beliau semenangnya gembira melihat kejayaan yang dicapai adik Nur Hasfalinda dan mahu para belia di Demak Laut mencontohinya dan mencipta lebih banyak kejayaan dalam pelbagai bidang.

“Saya mahu belia di kawasan DUN Demak Laut terus mencipta kejayaan dalam apa jua bidang. 

“Untuk mencapainya, kita perlu berusaha dan terus berusaha. 

“Malah, saya akan terus menyokong apa sahaja aktiviti yang dilaksanakan demi untuk mencapai kejayaan,” tambahnya. 

Lebih manis lagi, kejayaan adik Nur Hasfalinda ini telah dikongsikan Astro yang menyiarkannya di saluran Astro Awani Sarawak. 

1 comment:

  1. If you're trying to lose fat then you certainly have to jump on this totally brand new custom keto meal plan diet.

    To create this service, licensed nutritionists, personal trainers, and chefs joined together to produce keto meal plans that are efficient, convenient, cost-efficient, and delicious.

    From their first launch in early 2019, 1000's of individuals have already remodeled their body and health with the benefits a great keto meal plan diet can provide.

    Speaking of benefits; clicking this link, you'll discover 8 scientifically-proven ones offered by the keto meal plan diet.

    ReplyDelete

Back To Top