Music

Header Ads

Sunday, February 23, 2020

KMKK Dan JKKK Perlu Fahami Dan Kuasai Maklumat Untuk Diterangkan Kepada Masyarakat Di Lapangan


KUCHING: Setiap Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) dan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) mempunyai peranan yang amat penting dalam melestarikan kesejahteraan penduduk. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata untuk itu setiap KMKK dan JKKK perlu memahami bidang tugas dan peranan mereka di peringkat kampung selain menguasai isu-isu semasa. 

“Peranan dan tugas KMKK dan JKKK kini sudah berubah disebabkan peredaran masa dan perkembangan teknologi. 

“Hari ini mereka bukan sahaja perlu memahami peranan mereka di peringkat kampung, tetapi juga perlu menguasai maklumat semasa khususnya melibatkan isu-isu di peringkat kampung. 

“Malah, setiap daripada KMKK dan JKKK perlu mengikuti perkembangan teknologi pada hari ini supaya tidak ketinggalan,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas menghadiri Seminar Penghulu Ketua-Ketua Kaum dan JKKK Demak Laut yang diadakan di Hotel UCSI pada Sabtu. 


Seramai 90 peserta telah hadir dengan 34 orang terdiri daripada KMKK dan Setiausaha, Bendahari dan dua ahli JKKK dari setiap kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut hadir. 

Dalam pada itu, sebanyak 17 jabatan dan agensi Kerajaan Sarawak dan Persekutuan turut hadir dan menyampaikan taklimat kepada peserta yang hadir. 

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada setiap jabatan dan agensi Kerajaan Sarawak dan Persekutuan di atas kehadiran dan memberikan taklimat berhubung dengan peranan dan fungsi masing-masing di peringkat masyarakat. 

“Melihat kepada kehadiran wakil jabatan dan agensi kerajaan pada hari ini ianya sangat membanggakan. 

“Ini menggambarkan bahawa peranan jabatan dan agensi kerajaan itu penting selari dengan keperluan dan kehendak masyarakat hari ini,” ujarnya. 

Sementara itu, Penyelaras Seminar Penghulu Ketua-Ketua Kaum dan JKKK Demak Laut Ketua yang juga Ketua Kaum Amzah bin Dollah menyifatkan penganjuran seminar ini mencapai objektifnya. 

“Melihat kepada sambutan yang diterima dan interaksi yang ditunjukkan peserta, jelas bahawa penganjuran seminar ini banyak memberikan manfaat kepada KMKK dan JKKK. 

“Inilah yang kita mahukan dan berharap setiap peserta yang hadir dapat menambah ilmu dan menguasai maklumat baharu bagi membolehkan ianya disalurkan kepada masyarakat di peringkat kampung,” katanya. 

Pada seminar itu telah diadakan penyampaian cek kepada setiap JKKK di kawasan DUN Demak Laut. 

Dr Hazland telah bertindak sebagai Pengerusi Panel dalam Dialog Bersama Agensi Kerajaan.

1 comment:

  1. Use this diet hack to drop 2 lb of fat in just 8 hours

    More than 160k women and men are using a easy and secret "liquids hack" to burn 2lbs each and every night in their sleep.

    It is very easy and works every time.

    Here are the easy steps for this hack:

    1) Grab a glass and fill it up half full

    2) Now use this amazing hack

    and become 2lbs thinner when you wake up!

    ReplyDelete

Back To Top