Music

Header Ads

Wednesday, February 26, 2020

Rakyat Perlu Tahu Peranan Dan Hala Tuju Bahawa GPS Bekerja Untuk Rakyat Sarawak


KUCHING: Penganjuran program ‘Sarawak Kita Empun’ anjuran Pergerakan Wanita PBB Sarawak kini diadakan di peringkat Parlimen dan disambut baik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni.

Katanya, selepas penganjuran pertama yang dirasmikan Ketua Menteri pada 16 Februari lepas, penganjuran program yang bersifat interaksi bersama ahli parti dan rakyat khususnya dalam menerangkan peranan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam konteks politik hari ini perlu diteruskan ke setiap Parlimen dan DUN di Sarawak. 

“Selepas setahun GPS ditubuhkan dan kini memasuki tahun kedua, sudah tiba masanya rakyat dan ahli parti di peringkat akar umbi mengenali dan memahami peranan dan hala tuju GPS secara lebih dekat dan efektif. 

“GPS yang ada hari ini tidak sama seperti mana kita di dalam Barisan Nasional (BN) dan GPS adalah untuk rakyat Sarawak dan milik rakyat Sarawak 100 peratus.

“Sebab itu, adalah penting rakyat Sarawak terus memberikan mandat kepada kepimpinan GPS yang ada pada hari ini untuk terus memerintah Sarawak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas menghadiri Program ‘Sarawak Kita Empun’ Peringkat Parlimen Santubong yang diadakan di Ibu Pejabat PBB pada Ahad. 


Ketiga-tiga Pergerakan Wanita PBB Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu, Pantai Damai dan Demak Laut bekerjasama dalam menjayakan Program ‘Sarawak Kita Empun’.

Tambah Dr Hazland lagi, susun atur dan program yang menyeluruh di sepanjang penganjuran Program ‘Sarawak Kita Empun’ telah berjaya membawa   input-input menarik dan berharga yang boleh digunakan untuk menerangkan kepada rakyat di peringkat akar umbi.

“Perkongsian strategik menerusi tajuk Perubahan Landskap Politik GPS Untuk Rakyat Sarawak dan Mikro Strategi Keluar Mengundi sangat menarik untuk ahli-ahli parti menyusun strategi semasa pilihan raya. 

“Dan, semestinya kandungan mengenai Hak Sarawak Kita Pertahankan Dalam Perjanjian Malaysia 1963 yang dibentangkan Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutuan dan Pemantauan Projek Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali suatu yang harus diketahui semua rakyat Sarawak. 

“Begitu juga sesi perkongsian bersama Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan KanakKanak Dato Sri Fatimah Abdullah yang juga Ketua Pergerakan Wanita PBB Sarawak yang harus dimanfaatkan mereka yang hadir khususnya mengenai apa yang telah Kerajaan Sarawak beri bantuan kepada rakyat,” ujarnya. 

Ujar Dr Hazland lagi, lebih menarik lagi, setiap ADUN di kawasan Parlimen Santubong mengadakan sesi Townhall bagi membolehkan komunikasi dua hala bersama wakil rakyat tempatan diadakan.

“Pendekatan ini dilihat suatu yang relevan supaya setiap ahli Pergerakan Wanita di peringkat cawangan dan ranting tahu apa yang telah dilakukan ADUN mereka dan ini juga memudahkan mereka menjawab setiap persoalan ahli parti dan masyarakat di lapangan.

“Atas sebab itu, saya sentiasa mengulangi pendirian supaya setiap ahli-ahli parti sama ada wanita, pemuda dan peringkat cawangan perlu mempunyai pengetahuan dan informasi berkaitan apa yang telah dilaksanakan pemimpin dan Kerajaan Sarawak kepada rakyat. 

“Di sebalik kebenaran, kita tidak akan terlepas maklumat palsu atau ‘fake news’ yang banyak di media sosial di mana dalam keadaan ini ‘persepsi’ akan membuatkan maklumat kita sahih, benar dan efisien,” ujarnya. 

2 comments:

  1. If you're trying hard to lose fat then you certainly have to try this totally brand new tailor-made keto meal plan.

    To create this keto diet, licensed nutritionists, fitness trainers, and chefs joined together to develop keto meal plans that are productive, convenient, money-efficient, and delightful.

    Since their first launch in early 2019, hundreds of individuals have already completely transformed their body and health with the benefits a certified keto meal plan can provide.

    Speaking of benefits: in this link, you'll discover 8 scientifically-proven ones offered by the keto meal plan.

    ReplyDelete
  2. In this fashion my friend Wesley Virgin's biography starts in this shocking and controversial video.

    You see, Wesley was in the army-and shortly after leaving-he found hidden, "mind control" tactics that the CIA and others used to get everything they want.

    THESE are the exact same tactics tons of celebrities (especially those who "became famous out of nowhere") and top business people used to become rich and successful.

    You probably know how you use less than 10% of your brain.

    Really, that's because the majority of your BRAINPOWER is UNCONSCIOUS.

    Maybe that expression has even occurred INSIDE your own head... as it did in my good friend Wesley Virgin's head around 7 years ago, while driving an unregistered, garbage bucket of a car with a suspended driver's license and $3 in his bank account.

    "I'm very frustrated with going through life paycheck to paycheck! Why can't I become successful?"

    You've been a part of those those types of thoughts, am I right?

    Your success story is waiting to be written. You just need to take a leap of faith in YOURSELF.

    Take Action Now!

    ReplyDelete

Back To Top