Music

Header Ads

Wednesday, August 18, 2021

RM280,000 Diperuntukan Kepada 28 JKKK DUN Demak Laut Laksana Perancangan Aktiviti Kampung


DEMAK LAUT, Kuching: Selain kepimpinan yang baik, dana yang mencukupi juga memainkan peranan penting dalam membawa kemajuan dan keselamatan kampung. 


Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abg Hipni, kedua-dua perkara ini sememangnya sangat diperlukan dalam sesebuah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk pastikan apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. 


“Dengan adanya semangat dan komitmen yang tinggi dalam pertubuhan kampung akan membawa kemajuan dan keselamatan penduduk.


“Di samping itu, dana tahunan yang mencukupi juga adalah sangat penting selain daripada kepimpinan yang baik.


“Segala kelengkapan asas dan program pertubuhan akan dapat dijalankan dengan berkesan,” katanya. 


Beliau berkata demikian semasa mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Bako Hulu baru-baru ini. 


Pada mesyuarat itu, Dr Hazland turut menyerahkan dana tahunan sebanyak RM10,000 kepada JKKK Bako Hulu. 


Ditanya mengenai jumlah keseluruhan dana, beliau memberitahu sebanyak RM280,000 telah diperuntukan kepada semua JKKK dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut. 


“Di kawasan DUN Demak Laut, kita mempunyai 28 buah JKKK yang berdaftar. 


“Setiap JKKK diperuntukan sebanyak RM10,000 setahun dengan jumlah peruntukan keseluruhan berjumlah RM280,000,” ujarnya. 


Hadir sama dalam mesyuarat itu Ketua Kaum Kampung Bako Hulu Sapri Joni dan Ahli JKKK Bako Hulu.

No comments:

Post a Comment

Back To Top