Music

Header Ads

Sunday, November 15, 2020

10 Orang Waris Dan Pesakit Kronik Dari Kampung Tabuan Lama Terima Sumbangan Khairat Kematian dan Pesakit Kronik Daripada ADUN Demak Laut


DEMAK LAUT, Kuching: Seramai 10 orang penerima dari Kampung Tabuan Lama menerima sumbangan Khairat Kematian dan Pesakit Kronik daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni.


Mengulas lanjut, Dr Hazland berkata, sumbangan ini bertujuan meringankan beban waris yang kehilangan ahli keluarga dan beban pesakit kronik yang sedang menerima rawatan.



“Ini merupakan sumbangan ikhlas bagi membantu mengurangkan beban masyarakat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut yang memerlukan bantuan.


“Sekiranya ada di kalangan masyarakat di kawasan DUN Demak Laut yang memerlukan bantuan boleh hantar mesej di talian 017-8585007 atau datang terus ke Pusat Khidmat N5 Demak Laut,” katanya.



Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penyampaian sumbangan Khairat Kematian dan Pesakit Kronik yang disampaikan ahli-ahli Skuad Kasih Sayang Ranting PBB Tabuan Lama pada Khamis. 


Dalam pada itu, ujar Dr Hazland lagi, sepanjang penyampaian sumbangan Khairat Kematian dan Pesakit Kronik itu, Prosedur Operasi Standard (SOP) tetap diberikan keutamaan. 



“Memandangkan Daerah Kuching masih dalam Zon Merah dan pelaksnaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), setiap aktiviti akan mengutamakan SOP yang ditetapkan. 


“Dalam penularan wabak COVID-19 ini, penjagaan kesihatan sangat penting dan untuk itu saya telah meminta setiap ahli Skuad Sayang yang terlibat dalam penyampaian sumbangan ini sentiasa mengutamakan SOP,” ujarnya. -Buletin Demak Laut

No comments:

Post a Comment

Back To Top