Music

Header Ads

Monday, August 3, 2020

Kembara Ibadah Qurban DUN Demak Laut 10.0 Berjalan Lancar, Disertai Kelab 4x4 DUN Demak Laut


DEMAK LAUT, Kuching: Pusat Khidmat N5 Demak Laut bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut telah mengadakan Kembara Ibadah Qurban Demak Laut 10.0.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata, ini merupakan penganjuran kali ke-10 dan sebanyak 12 ekor lembu telah disumbangkan bagi tujuan Ibadah Qurban DUN Demak Laut pada tahun ini.


“Program hari ini (Sabtu) merupakan kali ke 10 dianjurkan di kawasan DUN Demak Laut dan berjalan lancar.


“Ianya diadakan dengan kerjasama beberapa NGO’s di peringkat kampung secara gotong-royong seperti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Peringkat Cawangan dan Ranting, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Surau, SABERKAS, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan sebagainya.


“Sebanyak 12 ekor lembu telah diagihkan kepada beberapa buah kampung dan selebihnya diagihkan oleh Ahli Parlimen Santubong Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.



Beliau berkata demikian selepas menyerahkan daging korban pada Sabtu.


Mengulas lanjut, Dr Hazland menjelaskan ini Kembara Ibadah Qurban DUN Demak Laut kali ini menarik dengan disertai Kelab 4x4 DUN Demak Laut yang baru ditubuhkan pada tahun lepas.


“Pada tahun ini, Kembara Ibadah Qurban DUN Demak Laut turut disertai Kelab 4x4 DUN Demak Laut yang terdiri daripada belia dan pemuda dari kawasan DUN Demak Laut.


“Ini memberi peluang kepada belia dan pemuda dari DUN Demak Laut merasai sendiri pelaksanaan Ibadah Qurban secara lebih dekat. 



Antara lokasi Kembara Ibadah Qurban DUN Demak Laut pada tahun ini ialah di Padang IPK Kuching, Masjid Kompleks Polis Tabuan Jaya, Kampung Tabuan Drahman 1, Kampung Tabuan Drahman 2, Kampung Tabuan Cemerlang, Kampung Tabuan Hilir, Kampung Tabuan Lama, Kampung Tabuan Tengah, Kampung Tabuan Dani, Kampung Semilang, Kampung Bako Hulu dan Kampung Bako Hilir. -Buletin Demak Laut

No comments:

Post a Comment

Back To Top