DEMAK LAUT, Kuching: Syabas dan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) Cawangan Demak Laut yang dipilih dan dilantik bagi sesi 2020/2023.
Pengerusi SABERKAS Cawangan Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata, apa yang diharapkan setiap AJK Saberkas Cawangan Demak Laut 2020/2023 kali ini berusaha lebih baik berbanding sesi sebelumnya dalam membawa belia Demak Laut mencapai kejayaan.
“Syabas dan tahniah kepada semua AJK Saberkas Cawangan Demak Laut yang telah terpilih dan dilantik bagi sesi 2020/2023.
“Sesungguhnya, pemilihan dan pelantikan ini adalah satu amanah yang harus dipikul bagi merealisasikan masa depan belia di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut untuk menjadi lebih baik.
“Saya juga penuh yakin dengan barisan kepimpinan yang ada ini adalah yang terbaik bagi membawa belia di DUN Demak Laut ke peringkat lebih tinggi dan cemerlang di masa depan,” katanya semasa mempengerusikan Mesyuarat SABERKAS Cawangan Demak Laut Pertama Sesi 2020/2023 pada Ahad lepas.
Saberkas Cawangan Demak Laut sebelum ini telah pun mengadakan Mesyuarat Agung Tri Tahunan (TGM) pada 15 Mac 2020 yang menyaksikan Dr Hazland sekali lagi mengekalkan jawatannya sebagai Pengerusi Saberkas Cawangan Demak Laut 2020/2023.
Pada mesyuarat itu juga empat orang AJK Cawangan Demak Laut telah dilantik bagi mengisi jawatan Setiausaha, Penolong Setiausaha 1, Penolong Setiausaha 2 dan Bendahari dengan disokong kesemua AJK Saberkas Cawangan Demak Laut. -Buletin Demak Laut
No comments:
Post a Comment