Music

Header Ads

Saturday, August 8, 2020

Banyak Manfaat Diperolehi Dengan Sertai Pertubuhan Di Peringkat Kampung - Dr Hazland

DEMAK LAUT, Kuching: Setiap pertubuhan yang ada di peringkat kampung memainkan peranan penting dalam memupuk perpaduan yang sedia ada supaya masyarakatnya hidup aman sejahtera. 


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata adalah penting untuk setiap penduduk kampung menyertai dan menganggotai pertubuhan yang ada di mana pelbagai manfaat boleh diperolehi. 

“Pertubuhan di peringkat kampung amat penting kerana ianya boleh memperkukuhkan perpaduan yang sedia ada dan menganjurkan pelbagai aktiviti berbentuk pendidikan, kebudayaan, sosial, akhlak, kebajikan dan moral penduduk kampung.


“Selain itu, ia juga dapat meningkatkan peranan penduduk dalam mencegah kegiatan yang tidak sihat dan memupuk sifat bertangungjawab dan disiplin di kalangan masyarakat,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan Sumbangan Tahunan kepada Tabika Kemas Kampung Goebilt, Kawasan Rukun Tetangga Kampung Goebilt dan RELA Kampung Goebilt pada Khamis. 

Tambah Dr Hazland lagi, pertubuhan atau lebih dikenali sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO’s) turut memainkan peranan sebagai perantara antara pihak berkuasa dengan penduduk kampung. 


“Pertubuhan juga memupuk gaya hidup sihat dan menjadi pengantara yang terbaik dengan pihak berkuasa dalam menjaga keselamatan dan harta benda penduduk.


“Justeru, peranan pertubuhan seperti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas),  Kawasan Kejiranan Mesra (KJM), Ahli Jawatankuasa Masjid dan Surau, dan sebagainya sangat penting,” tambahnya. -Buletin Demak Laut

No comments:

Post a Comment

Back To Top