Music

Header Ads

Wednesday, August 11, 2021

Kebenaran Sektor Pembinaan Beroperasi Semasa PPN Ini Disambut Baik - Dr Hazland


DEMAK LAUT, Kuching: Keputusan kerajaan membenarkan sektor pembinaan yang dibiayai kerajaan kembali beroperasi dalam masa Pelan Pemulihan Negera (PPN) disambut baik. 


Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abg Hipni, keputusan itu untuk kesejahteraan kehidupan rakyat dan projek tidak terhenti terlalu lama. 


“Kebenaran ini pastinya memberikan kelegaan kepada kontraktor dalam usaha menyiapkan projek untuk rakyat dan sekaligus dapat dimanfaatkan kelak.


“Begitu juga dengan rakyat yang menunggu projek itu siap bagi memastikan masalah yang selama ini membelenggu penduduk dapat diatasi. 


“Namun begitu, setiap Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan harus dipatuhi demi untuk keselamatan semua pihak dalam mengawal penularan pandemik COVID-19 ini,” katanya semasa ditemui selepas mengadakan lawatan ke tapak Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Dewan Kampung Bako Lot Indah baru-baru ini. 


Projek pembinaan Dewan Kampung Bako Lot Indah merupakan salah satu daripada Projek RTP ADUN Demak Laut yang tertangguh pelaksanaannya disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini. 


Dalam pada itu, Dr Hazland mahu semua pihak memberikan kerjasama dalam menjayakan projek kerajaan yang dilaksanakan ini termasuk aspek pematuhan SOP.


“Jika dahulu, kerja-kerja pembinaan boleh dilaksanakan dalam skala yang ramai, tetapi ketika ini ianya tidak dapat dilakukan disebabkan pandemik COVID-19. 


“Amalan pematuhi SOP yang dikuatkuasakan adalan untuk keselamatan daripada penularan COVID-19 di tempat kerja. 


“Justeru, kerjasama semua pihak amatlah diperlukan agar bukan sahaja pembangunan dapat dicapai tetapi juga juga memberi persekitaran yang selamat untuk pekerja dan penduduk kampung,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Back To Top