Music

Header Ads

Friday, February 28, 2020

SMK Bako Teruskan Kecemerlangan Dalam STPM 2019, Duduki Kelompok 22 Sekolah Terbaik Di Sarawak



KUCHING: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bako meneruskan kecemerlangan dalam pencapaian Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2019 dan sekaligus berjaya menempatkan dalam kelompok 22 sekolah terbaik di Sarawak. 

Kejayaan ini dikongsikan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni yang selama ini banyak memberikan perhatian dan sokongan terhadap kepentingan pendidikan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut. 

“Saya amat gembira dan mengucapkan terima kasih kepada guru-guru dan pelajar-pelajar yang sama-sama berusaha untuk memastikan SMK Bako terus menikmati dan mengekalkan kejayaan dalam pencapaian STPM 2019.

“Tahniah kepada guru-guru yang telah bertungkus lumus untuk memastikan kejayaan pelajar-pelajarnya. Kejayaan ini bukan mudah dan ianya tidak mustahil untuk dicapai.

“Usaha sebegini perlu diteruskan termasuk sekolah-sekolah lain di kawasan DUN Demak Laut agar lebih ramai lagi modal insan yang berjaya dapat dihasilkan denngan lebih ramai lagi,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Penyampaian Anugerah Khas Pelajar-Pelajar Cemerlang STPM 2019 di SMK Bako pada Khamis. 


SMK Bako berjaya meneruskan kecemerlangan dalam pencapaian STPM 2019 apabila mencatat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.35 berbanding STPM 2018 yang mencapai PNGK 3.08.

Dalam pada itu, 9 daripada 19 orang pelajar SMK Bako berjaya memperoleh PNGK 3.5.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Dr. Azhar Ahmad dalam pengumuman pencapaian STPM Sarawak pada tahun 2019 memberitahu pencapaian pelajar-pelajar dari Sarawak mencatat peningkatan dalam memperoleh kejayaan sekurang-kurangnya PNGK 3.00 ke atas. 

“Seramai 1,913 calon daripada 5,837 calon yang mendaftar menduduki peperiksaan STPM pada tahun lepas mendapat PNGK 3.00 ke atas.

“Sementara itu, sebanyak 22 sekolah menengah di Sarawak mencapai keputusan STPM yang sangat memberangsangkan dengan PNGK melebihi 2.80,” ujarnya.

Kejayaan SMK Bako pada STPM 2019 itu sekaligus terus memahat nama sekolah itu antara 22 buah sekolah yang di negeri ini yang mencapai kejayaan cemerlang dalam STPM 2019 Sarawak.


Tambah Dr Hazland lagi, kejayaan ini harus menjadi pengajaran dan contoh kepada beberapa sekolah lain di kawasan DUN Demak Laut.

“Saya akan terus memartabatkan bidang pendidikan di kawasan DUN Demak Laut dan mahu memastikan setiap anak-anak yang berjaya ini dapat meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi.

“Malah, saya juga akan terus memberikan sumbangan berupa insentif galakan kepada pelajar-pelajar yang memasuki Institut Pengajian Tinggi (IPT) seperti mana yang kerap dilaksanakan setiap tahun sebagai hadiah galakkan pelajar. 

“Tidak cukup dengan itu, sumbangan tahunan kepada setiap Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam membiayai program dan aktiviti sekolah akan diteruskan seperti mana kesan yang diperolehi SMK Bako yang seharusnya amat membanggakan,” katanya.

1 comment:

  1. As reported by Stanford Medical, It's indeed the SINGLE reason women in this country get to live 10 years more and weigh 42 lbs less than us.

    (And realistically, it has absolutely NOTHING to do with genetics or some secret-exercise and really, EVERYTHING related to "HOW" they are eating.)

    P.S, What I said is "HOW", and not "WHAT"...

    Click on this link to discover if this little questionnaire can help you find out your real weight loss potential

    ReplyDelete

Back To Top