Music

Header Ads

Monday, March 2, 2020

Sukan E-Sport Berpotensi Kembangkan Sebagai Kerjaya Di Masa Depan


KUCHING: Sukan E-Sports yang kini semakin meluas perkembangannya bukan sahaja di dunia, tetapi juga di Malaysia dan berpotensi untuk diperkembangkan  sebagai sebuah kerjaya yang mampu memperoleh pendapatan lumayan. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata perkembangan sukan E-Sports hari ini sejajar dengan perkembangan terkini yang menuju ke era digital.

“Jika dahulu E-Sports dipandang sebelah mata kerana dianggap sebagai suatu pembaziran sama ada wang ringgit atau masa. Malah, keuntungan yang diperolehi hanya kepada syarikat pembuat permainan itu sahaja. 

“Tetapi, hari ini keadaan sebaliknya berlaku apabila sukan E-Sports mampu menjana pendapatan dan dijadikan kerjaya pada masa akan datang.

“Ini antara lain melahirkan lebih ramai pereka dan pembuat permainan sukan elektronik sama ada menggunakan platform mesin Sony Playstation, Nintendo atau XBox serta telefon pintar menerusi aplikasi IOS atau Android,” katanya semasa berucap dalam Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Kelab Sukan E-Sports XIII Rebels pada Sabtu. 

Menurut Dr Hazland lagi, sumbangan ini membolehkan Kelab Sukan E-Sport XIII Rebels mengadakan pertandingan tahunan dan memperkembangkan lagi permainan sukan elektronik ini khususnya di kalangan belia di Sarawak. 


Tambah beliau lagi, perkembangan E-Sport ini turut dijadikan salah sukan di peringkat Sukan SEA dalam dua kejohanan sebelum ini termasuk terbaru di Filipina.

“Dalam usaha mencari atlet terbaik mewakili Malaysia ke Sukan SEA, Sukan E-Sport telah dipertandingkan di Sukan Sarawak (SUKSAR) pada hujung tahun lepas di Miri dan Sukan Malaysia (SUKMA). 

“Dalam Sukan Sea Filipina tahun lepas, sebanyak 6 pingat emas telah dipertandingkan dalam acara ini dengan menyaksikan peserta negara hanya memenangi satu pingat emas dalam permainan ‘Hearthstone’ dan satu pingat gangsa dalam permainan ‘Mobile Legends: Bang Bang’,” ujarnya. 

Justeru, Malaysia amnya dan Sarawak khususnya perlu melahirkan lebih ramai atlet dalam sukan E-Sport bagi membolehkan Sarawak boleh bersaing di SUKMA dan seterusnya mewakili negara dalam Sukan SEA. 

1 comment:

  1. Did you realize there's a 12 word phrase you can say to your crush... that will trigger intense feelings of love and impulsive appeal for you buried inside his heart?

    Because deep inside these 12 words is a "secret signal" that triggers a man's instinct to love, adore and guard you with his entire heart...

    =====> 12 Words Who Trigger A Man's Love Instinct

    This instinct is so hardwired into a man's brain that it will drive him to work harder than before to love and admire you.

    In fact, fueling this dominant instinct is absolutely mandatory to getting the best possible relationship with your man that the instance you send your man one of the "Secret Signals"...

    ...You'll instantly notice him expose his mind and heart for you in such a way he never experienced before and he will distinguish you as the one and only woman in the world who has ever truly interested him.

    ReplyDelete

Back To Top