Music

Header Ads

Wednesday, March 4, 2020

Setiap Isu Di Peringkat Kampung Akan Diteliti Dan Dinilai Untuk Tindakan Seterusnya - Dr Hazland


KUCHING: Setiap isu yang berlegar di peringkat kampung akan ditangani secara profesional dan mengikut skop yang ditetapkan. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata ini membolehkan setiap isu itu dapat ditangani secara bijaksana dan berhasil. 

“Saya akui bahawa setiap kampung mempunyai isu yang tersendiri sama ada ianya isu lama atau baru. 

“Untuk itu, saya akan memahami setiap isu yang diangkat untuk dinilai dalam melihat tindakan susulan yang akan diambil selepas itu bagi mencari jalan penyelesaiannya. 

“Ini meliputi isu seperti tanah, perumahan, infrastruktur, kebajikan dan sosioekonomi,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa mempengerusikan Mesyuarat PBB Ranting Goebilt pada Isnin. 


Mengenai keadaan politik semasa yang berlaku, Dr Hazland menjelaskan PBB Cawangan Demak Laut berdiri teguh di belakang Ketua Menteri Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg. 

“Kami PBB Cawangan N5 Demak Laut berdiri teguh di belakang Ketua Menteri yang juga Presiden PBB Sarawak dan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam setiap keputusan yang diambil. 

“Kami percaya bahawa setiap keputusan yang diambil oleh pucuk pimpinan tertinggi adalah yang terbaik untuk rakyat Sarawak dan GPS,” katanya. 

No comments:

Post a Comment

Back To Top