Music

Header Ads

Friday, March 6, 2020

SMK Bako Teruskan Kecemerlangan Dalam SPM 2019


KUCHING: Selepas mencipta kejayaan secara berterusan dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2018 dan 2019, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bako meneruskan kecemerlangan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 selepas kejayaan yang sama ditunjukkan dalam SPM 2018.

Kejayaan itu turut dikongsikan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni yang melahirkan kegembiraannya apabila SMK Bako mencipta kejayaan dalam tempoh dua minggu selepas keputusan STPM pada minggu lepas.

“Setinggi-tinggi tahniah kepada para guru dan pelajar SMK Bako yang terus menunjukkan kecemerlangan dalam SPM 2019. 

“Pada minggu lepas juga menyaksikan SMK Bako turut mencapai kejayaan yang kecemerlangan dalam keputusan STPM 2019 sehingga membolehkan SMK Bako menduduki kelompok 22 sekolah terbaik di Sarawak.

“Kejayaan memperoleh masing-masing seorang 8A dan 7A, dan Sembilan orang memperoleh 5A membolehkan SMK Bako berjaya meningkatkan kejayaan berbanding tahun lepas,” katanya. 


Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima khabar berita daripada guru sekolah bahawa SMK Bako berjaya meningkatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2019 pada Khamis.

Kejayaan yang dicapai SMK Bako ini perlu dijadikan penanda aras kepada setiap sekolah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bako bagi membolehkan lebih banyak lagi sekolah-sekolah mencapai kejayaan.

Dalam pada itu, Dr Hazland mengingatkan kepada para pelajar supaya terus meningkatkan usaha dalam pendidikan dengan SPM ini hanya sebagai tiket untuk meneruskan cita-cita bagi mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

“Kepada pelajar yang berjaya mencapai kejayaan dalam SPM 2019 diucapkan tahniah. Dan, kepada yang kurang cemerlang, jangan mudah putus asa sebaliknya teruskan lagi usaha untuk mencapai kejayaan.

“SPM ini merupakan permulaan untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang. 

“Oleh itu, teruskan berusaha. Bukan sahaja dalam pelajaran, tetapi juga dalam mencapai cita-cita di masa depan,” ujarnya. 

No comments:

Post a Comment

Back To Top