Music

Header Ads

Wednesday, March 11, 2020

Dr Hazland Sambut Baik Penganjuran Aktiviti Riadah Untuk Kenali APMM Lebih Dekat


KUCHING: Penganjuran pertandingan memancing atau lain-lain aktiviti untuk masyarakat disambut baik bagi membolehkan orang ramai mengenali lebih dekat peranan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) selain memperkenalkan Kampung Muara Tebas. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata usaha ini penting bagi dalam memperkenalkan kepada masyarakat kampung peranan dan tanggungjawab APMM dalam mempertahankan kawasan perairan negara. 

“Ada masyarakat kampung di sini yang masih belum mengenali dan tahu lebih lanjut mengenai peranan APMM. Sebaliknya mereka ini hanya tahu nama APMM dan melihat kapal APMM sahaja yang berada di pangkalan. 

“Saya percaya menerusi aktiviti terbuka seperti ini kepada masyarakat awam, orang ramai di kalangan penduduk kampung yang berdekatan dapat mengenali APMM secara lebih dekat. 

“Ini secara tidak langsung dapat menarik minat anak-anak muda tentang kerjaya APMM  pada masa akan datang,” katanya semasa berucap dalam Pertandingan Memancing sempena Ulang Tahun Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Ke 15 pada Sabtu. 

Dalam majlis itu, beliau telah menyampaikan sumbangan kepada Kelab Sukan dan Rekreasi APMM berjumlah berjumlah RM5,000 bagi keperluan aktiviti tahunan.


Tambah Dr Hazland lagi, sebagai sebuah agensi kerajaan APMM boleh mengadakan aktiviti kemasyarakatan di Kampung Muara Tebas dan sekitarnya di kawasan Bako ini. 

“Sebagai wakil rakyat, saya sangat mengalu-alukan program kemasyarakatan di peringkat kampung seperti di Kampung Muara Tebas dan sekitarnya. Ini termasuklah juga Kampung Bako, Kampung Goebilt, Kampung Senari dan Sejingkat. 

“Program kemasyarakatan boleh diadakan dalam pelbagai bentuk yang dapat memberikan manfaat kepada penduduk kampung. 

“Di peringkat kampung, kita ada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Saberkas yang boleh bekerjasama dan membantu APMM dalam penganjuran aktiviti kemasyarakatan ini,” tambahnya. 

Pada majlis itu, Dr Hazland turut menyampaikan hadiah kepada kepada pemenang yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan memancing, bola sepak dan mewarna. 

Hadir sama Laksamana Pertama Maritim Robert Teh Geok Chuan.

No comments:

Post a Comment

Back To Top