DEMAK LAUT, Kuching: Program Sedekah Arwah DUN Demak Laut yang telah diadakan sejak tahun 2011 itu bertujuan untuk meringankan beban waris dan ahli keluarga yang meninggal dunia.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata, sumbangan ini diadakan di setiap 28 buah kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut pada setiap tahun.
“Sumbangan ini akan dapat meringankan sedikit beban waris dah ahli keluarga mereka yang meninggal dunia.
“Kita percaya, kehilangan ahli keluarga adalah sesuatu yang sukar diterima terutama bagi mereka yang ketua keluarga yang merupakan pencari nafkah kepada keluarga.
“Didoakan semoga roh-roh arwah ini diletakkan bersama para solehin,” katanya dalam entri terbaru di Facebook pada Rabu.
Dalam pada itu, Dr Hazland mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Skuad Kasih Sayang Demak Laut yang diterajui Wanita PBB DUN Demak Laut yang selama ini telah membantu menjayakan program ini di peringkat akar umbi.
“Program ini telah kita laksanakan sejak tahun 2011 lagi sebagai salah satu daripada aktiviti kebajikan di kawasan DUN Demak Laut.
“Sehingga kini program tersebut telah memberi banyak manfaat kepada waris dan keluarga yang kehilangan ahli keluarga mereka.
“Kita akan teruskan program-program kebajikan seperti ini sebagai usaha membantu mereka yang memerlukan,” ujarnya. -Buletin Demak Laut
No comments:
Post a Comment