KUCHING: Sejak mula diperkenalkan pada tahun 2018, Projek Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (PPRMS) telah berjaya mengubah kehidupan rakyat menjadi lebih baik dan terjamin keselamatannya.
Jika dahulu, keadaan rumah agak uzur dengan banyak kerosakan, tetapi selepas dibaik pulih menerusi PPRMS keadaan rumah mula berubah dan mereka yang menerimanya sudah boleh menarik nafas lega dan bersyukur.
Di Kampung Selabat, seramai tiga orang penduduknya menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak laut Dr Hazland Abang Hipni dan Kerajaan Sarawak atas bantuan yang di atas bantuan PPRMS yang diberikan ini.
Salah seorang penerima bantuan PPRMS Sedik bin Ochy yang diwakili anaknya melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada ADUN Demak Laut di atas usaha baik pulih rumah mereka yang bocor di Kampung Selabat.
“Sebelum ini keadaan rumah bapa saya bocor dan setiap kali hujan, kami terpaksa menadah air dengan menggunakan baldi.
“Bagaimanapun, keadaan ini mula bertukar sebaliknya apabila rumah bapa saya telah dimasukkan di dalam PPRMS untuk dibaik pulih dengan menukar atap.
“Kami sekeluarga mengucapkan terima kasih kepada Dr Hazland dan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di atas bantuan PPRMS ini,” katanya.
Seorang lagi penerima, Sulai bin Luton yang diwakili isterinya turut mengucapkan terima kasih kepada ADUN Demak Lat Dr Hazland atas bantuan PPRMS yang diberikan kepadanya dalam menggantikan atap rumah yang bocor.
“Dahulu atap rumah saya semuanya berlubang dan bocor. Apabila musim hujan, kami mula berasa susah hati di mana air hujan masuk ke rumah.
“Bagaimananapun, selepas dibaik pulih dan digantikan dengan atap baharu, kini rumah kami tiada lagi bocor. Hati turut mula berasa lega.
“Terima kasih ADUN Demak Laut Dr Hazland dan Kerajaan GPS di atas bantuan PPRMS ini. Syukur, alhamdulillah,” katanya.
Razali bin Luton, yang ditemui juga melahirkan rasa terima kasih kepada Kerajaan Sarawak dan Dr Hazland atas kerja-kerja baik pulih rumahnya menerusi bantuan PPRMS ini.
“Keadaan menjadi lebih baik apabila kerja-kerja baik pulih rumah seperti menukar dinding, atap dan lantai berjaya dilaksanakan.
“Sebelum ini, keadaan rumah saya agak uzur kerana banyak mengalami kerosakan dan selepas dibaik pulih keadaannya bertambah baik dan selesa.
“Kesempatan ini, saya mengucapkan terima kasih kepada Dr Hazland dan Kerajaan Sarawak atas bantuan baik pulih rumah ini,” katanya. -Buletin Demak Laut
No comments:
Post a Comment