Music

Header Ads

Monday, October 12, 2020

Gunakan Sebaiknya Padang Futsal Untuk Aktiviti Riadah, Asah Bakat Dan Hindari Gejala Sosial Yang Membuang Masa - Dr Hazland


DEMAK LAUT, Kuching: Dianggarkan kira-kira 200 hadirin yang terdiri daripada penduduk Kampung Hijrah Bako hadir di Majlis Perasmian Padang Futsal, Kampung Hijrah, Bako Kuching anjuran Saberkas dan Pemuda PBB Kampung Hijrah Bako yang diadakan baru-baru ini. 


Perasmian telah disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni.


Dalam ucapan perasmiannya, Dr Hazland berkata siapnya Padang Futsal Kampung Hijrah Bako yang bernilai RM188,000 membuktikan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bukan sahaja menunaikan janjinya, tetapi mengambil berat terhadap keperluan penduduknya. 



“Tahniah kepada belia-belia di Kampung Hijrah Bako yang telah mempunyai sebuah padang futsal yang cantik dan lengkap dengan kemudahan lampu dan tandas. 


“Gunakanlah kemudahan ini dengan sebaik-baiknya untuk bersukan, beriadah dan mengasah bakat sekaligus menghidarkan diri daripada terlibat dengan gejala sosial yang membuang masa. 



“Saya percaya setiap kita mempunyai bakat dan jika diasah secara betul boleh mewakili negeri dan negara serta mengharumkan nama Bako pada masa akan datang,” katanya. 



Dalam pada itu, sebanyak sembilan pasukan yang terdiri daripada belia-belia Kampung Hijrah Bako telah mengambil bahagian dan hadiah-hadiah kepada para pemenang telah disampaikan Dr Hazland. 


Hadir sama Penghulu Lair Salleh, Penghulu Janibah Hazmi, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Daerah Bako, Ahli Jawatankuasa (AJK) Saberkas dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB). 

No comments:

Post a Comment

Back To Top