Music

Header Ads

Saturday, October 10, 2020

Keluarga Waris Dan Pesakit Kronik Terima Sumbangan ADUN Demak Laut



DEMAK LAUT, Kuching: Selain sumbangan kepada golongan asnaf dan pelajar yang melanjutkan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT), masyarakat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut turut juga menerima sumbangan kepada keluarga waris yang meninggal dunia dan pesakit-pesakit kronik. 


Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni, sumbangan ini bertujuan mengurangkan beban yang ditanggung mereka khususnya dalam mengadakan majlis dan membeli ubat serta menerima rawatan di hospital dan klinik. 



“Setiap hari Pusat Khidmat N5 Demak Laut ada menerima laporan mengenai kematian dan mereka yang menghidap pesakit kronik seperti buah pinggang, stroke, kanser dan selepas menjalani pembedahan. 


“Kesemua mereka ini ada menerima bantuan rasmi daripada kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO’s) seperti Jabatan Kebajikan masyarakat (JKM), Baitulmal Sarawak, SABATI dan sebagainya. 


“Bagaimanapun, sumbangan ini merupakan daripada saya bagi membantu meringankan beban yang ditanggung selama ini,” katanya. 



Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pemberian sumbangan kepada waris arwah dan pesakit kronik yang diadakan di DUN Demak Laut dan disampaikan Skuad Kasih Sayang PBB DUN Demak Laut pada baru-baru ini. -Buletin Demak Laut

No comments:

Post a Comment

Back To Top