Music

Header Ads

Thursday, October 8, 2020

PIBG SK Muara Tebas Terima Sumbangan Tahunan Berjumlah RM10,000 Daripada ADUN Demak Laut


DEMAK LAUT, Kuching: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Muara Tebas menerima sumbangan tahunan sebanyak RM10,000 daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni.


Menurut Dr Hazland, sumbangan tahunan ini digunakan untuk mengadakan aktiviti dan program anjuran PIBG SK Muara Tebas pada tahun ini.


“Antara program dan aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah Kem Motivasi Pelajar Tahun 6, Solat Hajat Tahun 6 Bersama Ibu Bapa dan Guru, keceriaan bilik Doktor Muda, sumbangan kepada anak-anak yatim di SK Muara Tebas dan pelbagai aktiviti lagi,” katanya.


Beliau berkata demikian semasa berucap menyampaikan Sumbangan Tahunan PIBG Sekolah Kebangsaan (SK) Muara Tebas pada Rabu. 



Mengenai sumbangan ini, jelas Dr Hazland, ianya merupakan sumbangan tahunan kepada semua sekolah yang ada di kawasan DUN Demak Laut bagi mengadakan aktiviti dan program yang telah dirancang PIBG sekolah masing-masing. 


“Ini merupakan sumbangan tahunan ADUN Demak Laut kepada semua di DUN Demak Laut. 


“Ada 16 buah sekolah kesemuanya yang terdiri dari tiga buah sekolah menengah dan 13 sekolah rendah,” jelasnya. 



Hadir sama Ketua Kaum Seman Sudin Rasid, Yang DiPertua PIBG SK Muara Tebas Hamzah Buang, Guru Besar Ismail Husin, guru-guru dan Ahli Jawatankuasa (AJK) PIBG SK Muara Tebas. - Buletin Demak Laut 

No comments:

Post a Comment

Back To Top