Music

Header Ads

Tuesday, October 6, 2020

Ekspedisi Bermotosikal Dari Sibu ke Kapit


KAPIT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni bersama rombongan yang diketuai Ketua Menteri Datuk Patinggi Dr Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg telah melakukan Lawatan Kerja dan Ekspedisi Bermotosikal dari Sibu ke Kapit pada Sabtu.


Perjalanan dari Boulevard Sibu Jaya ke Kapit dianggarkan lebih 100 kilometer itu dengan ekspedisi ini melalui jalan darat baru yang merupakan projek yang dibiayai sepenuhnya Kerajaan Sarawak. 


Ekspedisi ini telah terbahagi kepada beberapa kumpulan yang akan menunggu di beberapa tempat perhentian di sepanjang jalan yang dilalui Ketua Menteri. 



Dr Hazland dan beberapa penunggang motosikal lain menunggu di Song yang merupakan destinasi ketiga selepas Kanowit dan Boulevard Sibu Jaya.


Dalam perjalanan ke Song, Datuk Patinggi Abang Zohari dan rombongan melalui Jalan Temalat dan Ngemah atau ‘The Missing Link’. Sebaik tiba di Song, Ketua Menteri dan rombongan telah melakukan tinjauan ke Projek Rakyat Waterfront Song dan berhenti berehat untuk makan tengah hari dan solat.


Selepas berehat, rombongan bermotosikal meneruskan perjalanan ke Kapit sejauh 50 kilometer bagi merasmikan Kapit Town Square dan mendengar taklimat mengenai Projek Waterfront Kapit Fasa 4 dan minum petang. 



Sebelah malamnya, Dr Hazland dan rombongan telah menghadiri Majlis Makan Malam Bersama Masyarakat Kapit yang turut dihadiri Ketua Menteri bersama Menteri Kabinet Sarawak dan pemimpin setempat serta masyarakat Kapit. 



Pada Isnin, Dr Hazland bersama penunggang lain telah bersarapan pagi di Food Court Kapit, Roti Canai Goreng yang ikonik dn terkenal itu.


Sepanjang perjalanan dari Sibu ke Kapit, dapat disaksikan keindahan dan panorama kawasan Kapit serta kemudahan infrastruktur yang dibina Kerajaan Sarawak untuk keperluan masyarakat dalam menjalani kehidupan seharian. -Buletin Demak Laut

No comments:

Post a Comment

Back To Top