KUCHING - Isteri Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Yang Berbahagia Datuk Fatimah Mohd Iskandar hadir di Majlis Sumbangsih Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI) bersempena Hari Raya Aidilfitri 2018 yang diadakan di Dewan Tabuan Tengah, di sini.
Pada majlis itu, Datuk Fatimah telah menyampaikan sumbangan berupa alatan perubatan kepada 20 orang penerima yang terdiri daripada penduduk Kampung Tabuan Melayu.
Turut sama hadir Speaker DUN Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.05 Demak Laut Yang Berhormat Dr Hazland bin Abang Hipni.
No comments:
Post a Comment