KUCHING - Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N.5 Demak Laut dengan kerjasama Kolej Komuniti Zon Santubong telah mengadakan Kursus Makanan Sejuk Beku (Frozen Food) di Kolej Komuniti Santubong di sini, Sabtu lepas.
Seramai 14 wanita dari PBB Ranting Hijrah Bako telah hadir dan mengikuti kursus ini yang merupakan sebahagian daripada aktiviti yang telah dirancang Pergerakan Wanit PBB Cawangan N.5 Demak Laut.
Di sini, peserta diajar cara-cara membuat kuih Pau dan Tart Cheese yang merupakan makanan yang boleh disejuk beku.
Pau dan Tart Cheese ini yang telah siap dibuat akan disimpan di dalam peti sejuk supaya tahan lama dan boleh dijual kepada orang ramai.
Ini merupakan sebahagian daripada aktiviti Pergerakan Wanita PBB Cawangan N.5 Demak Laut dan selepas ini akan ada banyak lagi aktiviti dan program untuk golongan wanita di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut.
No comments:
Post a Comment