KUCHING - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.5 Demak Laut Dr Hj. Hazland bin Abang Hj. Hipni telah hadir di Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Golongan Asnaf Kampung Tabuan Hilir bertempat di Surau Tabuan Hilir di sini, Sabtu lepas.
Pada majlis itu, Dr Hazland telah menyampaikan sumbangan kepada 223 orang golongan asnaf yang terdiri Warga Emas, Ibu Tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU) dan Anak-Anak Yatim dari Kampung Tabuan Hilir.
Turut sama hadir Penghulu Tuan Haji Jas Said, Ketua Kaum Tuan Haji Rambli Salleh, Ketua Ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Tabuan Hilir serta AJK PBB Tabuan Hilir serta pertubuhan-pertubuhan kampung.
No comments:
Post a Comment