Music

Header Ads

Thursday, July 9, 2020

Penduduk Diingatkan Kekalkan Kerjasama Dan Perpaduan Demi Kesejahteraan Bersama - Dr Hazland


KUCHING: Penduduk di Kampung Bako Lot diminta untuk terus mengekalkan kerjasama dan perpaduan yang telah sedia terjalin selama ini demi kesejahteraan hidup bersama. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata, menerusi kerjasama dan perpaduan ini membolehkan setiap apa yang dilakukan itu dapat dilaksanakan dengan mudah dan selamat. 

“Teruskan kerjasama di kalangan masyarakat kampung supaya ianya dapat memperkukuhkan perpaduan di kalangan penduduk. Jika kita berpecah, bukan orang lain yang rugi sebaliknya kita sendiri yang rugi. 

“Malah, penduduk perlu memahami hala tuju kampung bahawa pembangunan dan kemajuan itu penting bagi keperluan generasi akan datang terutama anak dan cucu kita,” katanya semasa menyampaikan Dana Tahunan JKKK kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Bako Lot pada Rabu. 


Dalam pada itu, Ketua Kaum Kampung Bako Lot Bustari bin Yahya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr Hazland di atas bantuan Dana Tahunan JKKK kepada JKKK Kampung Bako Lot. 

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada ADUN Demak Laut Dr Hazland di atas penyampaian sumbangan Dana Tahunan JKKK kepada JKKK Kampung Bako Lot ini. 

“Inilah keprihatinan wakil rakyat PBB dan GPS di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut. 

“Sesungguhnya, bantuan dana ini sangat diperlukan JKKK Kampung Bako Lot untuk melaksanakan pelbagai aktiviti dan program yang telah dirancang penduduk kampung,” katanya. -Buletin Demak Laut

No comments:

Post a Comment

Back To Top