Music

Header Ads

Tuesday, February 2, 2021

Perancangan Rapi Penting Untuk Pastikan Pengurusan Lebih Efisien Dan Efektif


DEMAK LAUT, Kuching: Perancangan yang rapi dan berkesan merupakan sebahagian daripada aktiviti pengurusan untuk mendapatkan hasil yang baik dan sempurna. 


Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni, untuk pastikan hasil kerja itu berkesan dan bermanfaat, perancangan yang rapi penting supaya ianya berjalan dengan lancar dan mengikut jadual yang ditetapkan. 


“Perancangan adalah fungsi yang paling utama dalam pengurusan khususnya di setiap peringkat pengurusan sama ada besar atau kecil saiznya. 


“Semakin besar perancangan itu, maka semakin besar juga saiz pengurusan dan implikasinya.


“Untuk itu, perancangan yang teliti dan berkesan penting untuk pastikan setiap aspek pengurusan itu perlu dipatuhi dan memenuhi paiwaian yang ditetapkan,” katanya. 


Beliau berkata demikian selepas mendengar taklimat Perancangan Projek Masjid Baharu Kampung Goebilt pada Isnin. 



Projek pembinaan masjid baharu Kampung Goebilt ini merupakan sebahagian projek pembangunan baharu bagi penduduk Kampung Goebilt dalam memilik sebuah masjid yang boleh menampung jumlah penduduk yang semakin bertambah ketika ini. 


Tambah Dr Hazland lagi, menerusi perancangan yang menyeluruh ianya akan dapat membantu mengurangkan masalah dan risiko serta memberikan hasil yang baik seperti yang diharapkan. 


“Dengan adanya perancangan yang menyeluruh akan memastikan aspek pengurusan akan lebih mudah untuk dikendalikan. 


“Malah, ianya akan memudahkan lagi hala tuju, mengalakkan inovasi, memudahkan membuat keputusan dan menghasilkan kawalan mutu kualiti dalam bidang pengurusan,” tambahnya. 

No comments:

Post a Comment

Back To Top