Music

Header Ads

Monday, March 29, 2021

Pembinaan Benteng Salhah Kampung Tabuan Tengah Beri Kelegaan Kepada Penduduk Terjejas


DEMAK LAUT, Kuching: Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Kampung Tabuan Tengah baru-baru ini telah mendapat perhatian segera daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni. 


Katanya, sejumlah RM150,000 telah diluluskan di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi Membina Benteng Salhah, Kampung Tabuan Tengah. 


“Tanah runtuh yang berlaku di Kampung Tabuan Tengah telah mencetuskan kebimbangan kepada penduduk khususnya mereka yang mendiami kawasan tersebut dan sekitarnya. 


“Kejadian tanah runtuh itu telah menjejaskan 8 buah rumah dan menyebabkan keselamatan mereka turut terancam,” katanya. 



Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas meninjau Projek Membina Benteng Salhah, Kampung Tabuan Tengah pada Sabtu. 


Ditanya mengenai Projek Membina Benteng Salhah itu, Dr Hazland berharap projek ini dapat disiapkan mengikut jadual bagi menjamin keselamatan penduduk yang terjejas. 


“Benteng yang panjangnya 250 meter itu dijangka akan dapat menahan tanah bukit daripada runtuh dan melindungi rumah-rumah penduduk.


“Ini sekaligus akan memberi kelegaan kepada penduduk terutama apabila berlakunya hujan lebat,” ujarnya. 



Hadir sama Pegawai dari Jabatan Kerja Raya (JKR) yang merupakan agensi pelaksana bagi Projek Membina Benteng Salhah, Kampung Tabuan Tengah dan Ketua Kaum Kampung Tabuan Tengah Amzah Dollah.

No comments:

Post a Comment

Back To Top