Music

Header Ads

Saturday, March 27, 2021

18 Tahun Ke Atas Digesa Daftar Dan Ambil Vaksin COVID-19, Pulih Ekonomi Seperti Sediakala


DEMAK LAUT, Kuching: Orang ramai khususnya mereka yang berumur 18 tahun ke atas jangan lepaskan peluang untuk dapatkan suntikan vaksin COVID-19 ini yang akan bermula pada April ini. 


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata, hanya dengan suntikan vaksin COVID-19 ini sahaja membuatkan kita dapat memutuskan penularan wabak pandemik COVID-19. 


“Mereka yang berumur 18 tahun ke atas, digesa ambil kesempatan ini untuk mendaftar dan menerima vaksin COVID-19. 


“Dengan adanya vaksin COVID-19 ini diharap akan dapat menghindari kita daripada terus dihantui COVID-19,” katanya. 


Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas menerina suntikan vaksin COVID-19 dos kedua di Stadium Perpaduan Petra Jaya pada Sabtu. 



Tambah Dr Hazland lagi, penularan wabak COVID-19 sejak setahun lalu benar-benar telah memberi kesan kepada ekonomi negara dan negeri. 


“COVID-19 telah menyebabkan ekonomi negara dan negeri kita terjejas apabila sektor pelancongan ditutup, kilang tidak beroperasi dan pelaburan turun. 


“Ini ditambah pula dengan kadar pengangguran tinggi disebabkan ramai kehilangan pekerjaan dan ini semua telah menjejaskan ekonomi negara,” tambahnya. 


Justeru, pengambilan vaksin COVID-19 akan dapat memulihkan ekonomi negara sekaligus mendapat kembali kehidupan kita seperti keadaan sediakala.

No comments:

Post a Comment

Back To Top