KUCHING - Dua orang pesakit yang tinggal di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut telah menerima sumbangan ihsan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.5 Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni di sini, semalam.
Sumbangan telah disampaikan oleh Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Biro Kebajikan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.5 Demak Laut yang mewakili ADUN N.5 Demak Laut kepada penerima-penerima.
"Dua orang pesakit telah menerima sumbangan ihsan daripada ADUN N.5 Demak Laut iaitu saudara Wahab bin Mos dan saudara Abdul Muizz bin Abdul Waled.
"Mereka menerima sumbangan berupa wang ringgit dan barangan keperluan harian khususnya penjagaan kesihatan.
"Kedua-dua mereka ini menghidap penyakit stroke (Wahab) dan seorang lagi Abdul Muizz telah berjaya menjalani pendedahan jantung," kata wakil Biro Kebajikan PBB N.5 Demak Laut.
Ini merupakan sebahagian daripada aktiviti yang kerap dilaksanakan oleh Biro Kebajikan PBB N.5 Demak Laut yang sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat di kawasan Demak Laut.
No comments:
Post a Comment