KUCHING - Mesyuarat tiga sayap Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.5 Demak Laut yang berlangsung Ahad lepas telah berjalan lancar dan diadakan dalam suasana muhibbah dan kekeluargaan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.5 Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata mesyuarat tersebut diadakan bertujuan untuk membincangkan perihal parti khususnya mengenai perasmian Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dijadualkan diadakan pada bulan ini selain mendengar permasalahan yang berlaku di kawasan masing-masing.
"Alhamdulillah, kita telah berjaya mengadakan mesyuarat PBB di tiga sayap iaitu peringkat Cawangan, Pemuda dan Wanita.
"Mesyuarat PBB Cawangan N.5 Demak Laut ini merupakan mesyuarat biasa yang mana kita membincangkan hal-hal parti yang berlaku di kawasan masing-masing selain mendengar isu dan permasalah di peringkat ranting dan kampung.
"Dalam landskap politik yang berbeza selepas Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14), kita (PBB Demak Laut) sentiasa bekerja untuk rakyat seperti yang pernah kita lakukan sebelum ini. Malah, kali ini kita ingin memastikan setiap perkhidmatan yang kita tawarkan sampai kepada rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat PBB Cawangan N.5 Demak Laut di sebuah hotel di sini, Ahad lepas.
Mesyuarat dimulakan dengan Pergerakan Wanita PBB N.5 Demak Laut dan diikuti Pergerakan Pemuda PBB dan diakhiri Mesyuarat Cawangan PBB N.5 Demak Laut.
No comments:
Post a Comment