Music

Header Ads

Thursday, August 23, 2018

Penduduk Kampung Tabuan Dani Gembira Terima Sumbangan Lembu Daripada Dr Hazland


KUCHING, 23 Ogos - Sambutan Hari Raya Aidiladha kali ini cukup mengembirakan penduduk Kampung Tabuan Dani apabila menerima seekor lembu sumbangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland bin Abang Hipni di sini, semalam.

Penduduk telah berkumpul di padang bola sepak Kampung Tabuan Dani sebaik sahaja selepas solat sunat Aidiladha bagi menantikan kehadiran lembu yang dibawa dari PPES Ternak Sdn Bhd di Bintawa, Kuching.
Kesempatan itu, penduduk kampung turut beramah mesra dengan penduduk kampung sementara menunggu kedatangan lembu.

Pada majlis yang serba ringkas itu, Dr Hazland telah menyampaikan sumbangan lembu itu kepada penduduk kampung untuk disembelih dan dagingnya diagihkan kepada penduduk kampung. 

Turut sama hadir Ketua Ranting PBB Kampung Tabuan Dani, Ketua Wanita Ranting PBB Kampung Tabuan Dani, Ketua Pemuda Ranting PBB Kampung Tabuan Dani, Ahli Jawatankuasa (AJK) Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tabuan Dani, AJK Ranting PBB Kampung Tabuan Dani dan penduduk-penduduk kampung.

No comments:

Post a Comment

Back To Top