Music

Header Ads

Thursday, August 23, 2018

Lembu 'Ganas' Tidak Halang Penduduk Kampung Tabuan Lot Persiapkan Majlis Sembelihan


KUCHING, 23 Ogos - Tindakan 'ganas' seekor lembu tidak menghalang penduduk Kampung Tabuan Lot untuk meneruskan acara sembelihan korban di Surau Darusalam, semalam.


Penduduk kampung menghadapi kesukaran untuk menurunkan lembu dari lori akibat daripada tindakan 'ganas' lembu itu yang enggan turun walaupun pelbagai cara telah dilakukan.

Senario itu diteruskan apabila lembu itu sekali lagi sukar untuk dialih dan ditumbangkan akibat tindakan agresifnya hingga menyebabkan beberapa insiden lucu dapat disaksikan. 
Bagaimanapun, dengan kerjasama dan komitmen daripada penduduk kampung, akhirnya lembu itu berjaya disembelih dan dagingnya diagihkan untuk disedekahkan kepada penduduk kampung.

Ini merupakan salah seekor daripada 8 ekor lembu yang disumbangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland bin Abang Hipni bersempena Hari Raya Aidiladha pada tahun ini. 
Terdahulu, Dr Hazland telah menyerahkan sumbangan lembu kepada penduduk-penduduk di Kampung Tabuan Dani.


Turut sama hadir Penghulu Kampung Tabuan Melayu Haji Jas bin Sait, Ketua Kaum Rokiah Haji Temben, Ahli Jawatankuasa (AJK) Surau Darusalam, AJK Seberkas, Ketua Ranting PBB Kampung Tabuan Lot, Ketua Wanita Ranting PBB Kampung Tabuan Lot dan Ketua Pemuda Ranting PBB Kampung Tabuan Lot dan AJK Ranting PBB Kampung Tabuan Lot.

No comments:

Post a Comment

Back To Top