Music

Header Ads

Thursday, August 23, 2018

Lembu Di Kampung Tabuan Tengah Mudah Diuruskan Untuk Disembelih


KUCHING, 23 Ogos - Berbeza keadaannya di Kampung Tabuan Tengah apabila lembu yang hendak disembelih mudah diuruskan tanpa sebarang kesukaran berbanding yang berlaku di Kampung Tabuan Lot di sini, semalam.

Usaha untuk membawa turun lembu itu dari lori sangat mudah dilakukan tanpa sebarang insiden dan penduduk kampung bekerjasama dalam membantu menguruskan lembu itu untuk dibawa ke tempat sembelihan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland bin Abang Hipni hadir bagi menyerahkan sumbangan lembu ini kepada penduduk kampung untuk disembelih dan dagingnya diagihkan kepada penduduk kampung.

Sehingga kini, tiada sebarang insiden yang tidak diingini dilaporkan di sepanjang pengagihan lembu korban di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut, semalam.
Kerjasama penduduk dalam menjayakan aktiviti penyembelihan ini sangat memuaskan dan mendapat kerjasama daripada setiap kampung yang diagihkan lembu tersebut. 

Turut sama hadir Ketua Ranting PBB Kampung Tabuan Tengah, Ketua Wanita Ranting PBB Kampung Tabuan Tengah, Ketua Pemuda Ranting PBB Kampung Tabuan Tengah, Ahli Jawatankuasa (AJK) Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tabuan Tengah, AJK Ranting PBB Kampung Tabuan Tengah, AJK Surau Darul Salihin dan AJK Seberkas Kampung Tabuan Tengah.

No comments:

Post a Comment

Back To Top