Music

Header Ads

Thursday, August 23, 2018

Tukang Sembelih Diimport Khas Daripada Kota Samarahan Laksana Sembelihan Lembu Di Kampung Tabuan Hilir


KUCHING, 23 Ogos - Seorang tukang sembelih yang berasal daripada Kota Samarahan telah di'import' khas bagi melaksanakan upacara sembelihan lembu di Kampung Tabuan Hilir di sini, semalam.
Tukang sembelih itu merupakan ayah kepada Ketua Wanita Ranting PBB Kampung Tabuan Hilir Rohani binti Glas.

Beliau sepatutnya datang menyembelih pada sebelah petang bagi menyembelih seekor lembu yang disumbangkan oleh salah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kepada penduduk di sini, tetapi terpaksa datang lebih awal bagi menyembelih seekor lembu sumbangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland bin Abang Hipni.

Kesudiannya untuk menyembelih lembu itu membolehkan penduduk Kampung Tabuan Hilir menguruskan urusan sembelihan seterusnya dan mengagihkan daging-daging kepada penduduk-penduduk setempat. 

Kehadiran Dr Hazland telah mengejutkan beberapa penduduk yang tinggal di kawasan flat Taman Arbi, Kampung Tabuan Hilir dan mengambil kesempatan untuk bergambar bersama wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut.
Ini merupakan salah satu kampung yang tersenarai daripada 8 buah kampung yang tersenarai dalam menerima agihan lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha pada tahun ini. 
Turut hadir Ketua Wanita Ranting PBB Kampung Tabuan Hilir, Ketua Pemuda Ranting PBB Kampung Tabuan Hilir dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Ranting PBB Kampung Tabuan Hilir. 

No comments:

Post a Comment

Back To Top