Music

Header Ads

Thursday, August 23, 2018

Dr Hazland Hadir Menyerahkan Daging Qurban Di Kampung Muara Tebas


KUCHING, 23 Ogos - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland bin Abang Hipni hadir di Program Agihan Daging Qurban Kampung Muara Tebas anjuran Jawatankuasa Masjid Darul Ikhwan di sini, pagi tadi.
Beliau seterusnya menyampaikan sumbangan daging korban ini kepada penduduk-penduduk Kampung Muara Tebas.
Dalam majlis itu, sebanyak tiga ekor lembu telah dikorban hasil sumbangan daripada syarikat swasta dan orang perseorangan bersempena Hari Raya Aidiladha pada tahun ini.


Turut sama hadir Penghulu Kawasan Muara Tebas haji Ali Matsah, Ketua Kaum Sudin Rasid, Pengerusi Masjid Darul Ikhwan Ibrahim bin Rasid, Ketua Ranting PBB Kampung Muara Tebas Dabid Pani, Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Darul Ikhwan Muara Tebas, AJK Ranting PBB Kampung Muara Tebas dan penduduk-penduduk Kampung Muara Tebas. 

No comments:

Post a Comment

Back To Top