Music

Header Ads

Monday, January 6, 2020

Dr Haji Hazland Rancang Tubuh Kelab Motosikal Di DUN Demak Laut


KUCHING: Selepas berjaya menubuhkan Kelab 4x4 Demak Laut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Haji Hazland Abang Haji Hipni kini dalam perancangan menubuhkan Kelab Motosikal di Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut. 

Dr Haji Hazland berkata, Kelab Motosikal DUN Demak Laut ini akan meliputi pelbagai jenis kuasa enjin. 

“Kita sedang merancang menubuhkan Kelab Motosikal DUN Demak Laut pelbagai jenis kuasa enjin dalam masa terdekat. 

“Ini disebabkan di DUN Demak Laut, ramai belia yang mempunyai minat dalam bidang permotoran dan mempunyai kelab motosikal di peringkat kampung,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa sembang santai Kelab 4 X 4 Demak Laut di Jambatan Bako pada Ahad. 

Penubuhan Kelab Motosikal DUN Demak Laut ini bukan sahaja untuk mengumpul belia dalam bidang permotoran, tetapi juga mendidik mereka dalam aspek keselamatan jalan raya serta mengikuti aktiviti rekreasi secara berhemah. 

Dr Haji Hazland menambah, mengenai aktiviti Kelab 4x4 Demak Laut pada tahun ini kita telah merancang aktiviti konvoi ke beberapa kawasan bagi mendalami keadaan sebenar aktiviti lasak 4x4. 

“Banyak faedah yang boleh diperolehi hasil daripada penubuhan Kelab 4x4 Demak Laut antaranya dari segi ekonomi, perpaduan, kerjasama dan pengetahuan tentang permotoran. 

“Salah satu daripadanya ialah ekonomi di mana setiap ahli Kelab 4x4 Demak Laut berpeluang memperluaskan ekonomi di kawasan Kalimantan Timur untuk lebih spesifik sebahagian di daerah Penajam Paser Utara dan sebahagian Kutai Kartanegara yang akan menjadi ibu kota Indonesia yang baharu dalam tempoh empat hingga lima tahun akan datang,” tambahnya. 

Yang pasti, pemindahan ibu kota Indonesia baharu itu akan membuka lebih banyak peluang ekonomi di kawasan sekitarnya termasuk Sarawak.

No comments:

Post a Comment

Back To Top